Fakta 2
Seorang angkasawan menjadi lebih tinggi apabila berada di angkasa lepas.
kenapa la orang Malaysia tak pergi angkasa ramai-ramai erk? Lau tak, for sure main bola lawan thai kita boleh menang straight streak!
Tahun yang dinyatakan pada botol wine bukanlah tahun ia dibuat, tapi merupakan tahun anggur itu dipetik.
fakta ni pun dah buat ku mabuk!
Canada membawa maksud ‘kampung besar’ dalam bahasa Indian.
la. Kalau “kampung baru” tu panggil apa plak?
Kanak-kanak lebih alergik kepada lipas berbanding kepada kucing!
mana la diorang ni tau? Tah-tah rumah banyak lipas kut..
Abu gunung berapi boleh didapati dalam ramuan membuat ubat gigi.
dapat pengesahan halal pulak eh?
Apotemnophilia merupakan keinginan untuk menjadi kudung.
ada jugak! Ingatkan dunia ni dah cukup aman.
Albert Einstein ditawarkan untuk menjadi presiden Israel pada tahun 1952, tetapi ditolak olehnya.
nasib baik la. Kalau dia jadi presiden, mau Israel perampas tu jadik 100 tahun lagi maju pada zamannya.
Cleopatra berkahwin dengan 2 orang adik-beradik lelakinya.
ni memang takde akal la nih. Banyak lagi ooo kumbang kat dunia ni!
George Washington menanam marijuana dalam ladangnya.
tak pasti pulak dia nak buat apa dengan benda tu? Nak buat ubat ke? Atau nak cucuk sendiri!
Wayang yang diminati oleh Adolf Hitler ialah King Kong.
patut la boleh mengganas. Cikgu dia king kong rupanya. Sure dia layan Dragon Ball jugak nih!
Nak baca lagi? Pilih satu!
Tags: fakta kelakar, fakta menipu, fakta pelik, fakta pendek, siri fakta